Malaysia-Filipina janjikan saingan sengit

By Ammar Hakim 21 March 2017
 Malaysia-Filipina janjikan saingan sengit

Penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, dan kapten Filipina, Phill Younghusband, bertekad mengerah segala kudrat bagi mencapai keputusan positif untuk pasukan masing-masing dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam esok.

Bagi Safee, setiap pemain menyedari tangungjawab mereka untuk aksi kali ini.

Selain mahu memastikan aksi sulung skuad kebangsaan pada 2017 bermula dengan kemenangan, pemain turut enggan mempertaruhkan maruah negara di pentas antarabangsa.

"Ini merupakan perlawanan yang sukar, kami mengharapkan kemenangan dalam perlawanan ini. Ini merupakan salah satu langkah untuk kami memperbaiki ranking Malaysia," jelas Safee.

"Mana-mana pemain yang diturunkan perlu memberikan yang terbaik kerana ini merupakan satu tanggungjawab yang besar."

Dalam pada itu, Younghusband turut memberikan jaminan pasukannya akan turun memburu kemenangan ke atas Malaysia.

Walaupun menghormati Malaysia, dia dan rakan sepasukan amat dahagakan kemenangan selepas empat aksi dengan skuad negara berakhir dengan keputusan seri.

"Ini merupakan sasaran kami untuk melakar kemenangan ke atas Malaysia. Saya dapat berasakan pasukan kami memiliki peningkatan yang baik kebelakangan ini," katanya.

About Author

Ammar Hakim

Comment