Malaysia berdepan misi hampir mustahil untuk layak ke Piala Asia 2019

By Ammar Hakim 23 January 2017
Malaysia berdepan misi hampir mustahil untuk layak ke Piala Asia 2019

Malaysia berdepan tugas amat sukar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 apabila bakal berdepan Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong dalam pusingan kelayakan yang bermula pada 28 Mac ini.

Saingan 24 pasukan dalam aksi kelayakan bakal merebut 12 slot untuk beraksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

Tugas getir menanti skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee apabila mereka diundi dalam Kumpulan B bersama Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong.

Aksi kelayakan ini juga bakal menjadi indeks prestasi utama (KPI) kedua buat Kim Swee selepas Harimau Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF di Yangon, November lalu.

Sebanyak 12 slot pusingan akhir Piala Asia 2019 di Abu Dhabi sudah pun ditempah oleh tuan rumah selain juara bertahan Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand dan Uzbekistan yang akan turut terus bertarung bagi tiket ke pusingan akhir Piala Dunia Russia 2018.

About Author

Ammar Hakim

Comment