Lukisan mural buat Stadium Hang Jebat nampak lebih gah

By Ammar Hakim 12 December 2016
Lukisan mural buat Stadium Hang Jebat nampak lebih gah

Timbalan Presiden Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata lukisan mural yang menghiasi Stadium Hang Jebat adalah sebagai inspirasi atau pembakar semangat buat anak muda supaya menceburkan diri dalam bola sepak.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada 96 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengerah tenaga bagi menghasilkan seni halus ini,” katanya dalam sidang media di Stadium Hang Jebat.

Projek mural itu yang telah berlangsung selama tujuh hari dari 3 hingga 11 Disember lalu di sekitar stadium berkenaan melibatkan 96 pelajar gabungan UiTM Alor Gajah dan Puncak Alam.

Sebanyak 19 mural dihasilkan bertemakan pencapaian sukan di negeri Melaka, terutama mengenai kejayaan skuad Hang Tuah yang telah memenangi trofi Liga FAM pada tahun 2015 dan Liga Perdana tahun ini.

Yusoff turut menyatakan lukisan mural ini telah mencontohi beberapa negara seperti Jepun, England dan Sepanyol dan Stadium Hang Jebat adalah satu-satunya stadium di Malaysia yang mempunyai lukisan seumpamanya.

Beliau berharap kerjasama di antara Perbadanan Stadium Melaka dan UiTM ini dapat mengubah perspektif masyarakat terhadap kreativiti mural yang dianggap sebagai sebahagian vandalisme.

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Lim Chi Wing tebus kekecewaan 2014

By Amirul Azreen 11 Disember 2016. 12.54 PM