KLFA mahu TMJ jadi Presiden bukannya sekadar penasihat

By Amirul Azreen 16 December 2016
KLFA mahu TMJ jadi Presiden bukannya sekadar penasihat

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tampak berbelah bahagi mengenai hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadi penasihat Diraja.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bukannya presiden badan induk itu menjelang kongres pemilihan, Mac depan.

Nadi Arena, Rabu lalu  melaporkan Tunku Ismail menyatakan kesediaan untuk membantu bola sepak Malaysia menerusi penglibatan dalam FAM.

Namun, baginda menawarkan Tan Sri Aseh Che Mat menjadi presiden dan baginda akan bertindak sebagai penaung atau penasihat diraja, perkara yang disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Meskipun Melaka menyokong penuh cadangan itu, KLFA pula menuntut Tunku Ismail menjadi presiden FAM.

"Saya dapati pelan yang dikeluarkan oleh Tuanku memang menarik tetapi yang penting adalah calon untuk menjadi presiden.

"Kerana itulah saya tidak bersetuju jika individu lain yang dilantik presiden tetapi ada pihak yang membantu FAM daripada luar. 

"Bagaimanapun, saya bersetuju jika Tunku Ismail dilantik presiden," ujar Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa.

KLFA antara 16 ahli gabungan yang hadir dalam perjumpaan kedua bersama Tunku Ismail yang berlangsung di Melaka, Selasa lalu.

Nokman bagaimanapun menegaskan bahawa dia menidakkan kredibiliti Tan Sri Aseh yang juga pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM serta bekas ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Jika apa yang cadangkan tidak menjadi, dan tindakan penyokong terus menurus mengecam fam seperti yang berlaku ketika ini. Apa yang akan berlaku kepada Tan Sri Aseh? Mungkin Tunku Ismail juga akan menarik diri," tambahnya.

 

About Author

Amirul Azreen

Comment