KLAT zon Sabah, Labuan : AT Keningau 'sapu bersih'

By Staff Writer 29 September 2016
KLAT zon Sabah, Labuan : AT Keningau 'sapu bersih'
Karnival Liga Akademi Tunas (KLAT) zon Sabah dan Labuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini, menyaksikan AT Keningau 'menyapu bersih' kejuaraan yang ditawarkan apabila muncul juara kategori bawah 10, 11, dan 12 tahun.

Karnival berkenaan disertai lima pusat AT, iaitu AT Kota Kinabalu, AT Tawau, AT Kinabatangan, AT WP Labuan dan AT Keningau.

Ketua Jurulatih Pusat bagi AT Keningau, Carol Peter @ Robin, ketika dihubungi sangat terharu dengan semangat  yang ditunjukkan setiap pemain AT Keningau.

"DNA Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang diterapkan setiap pemain kami serta 'keserasian dan kesefahaman berpasukan' menjadi kunci utama kejayaan kami selain sokongan padu daripada ibu-bapa.

"Kami akan terus berusaha untuk melahirkan bakat-bakat yang luar biasa dalam bola sepak," katanya.

Selain Carol, jurulatih bagi AT Keningau bawah 12 tahun ialah Edgar L Domingo manakala jurulatih bagi pasukan bawah 11 tahun ialah Stanley Ian Junaidi dan Mouzes Victor Mutang.

Sementara itu, skuad AT Keningau bawah 10 tahun pula dikendalikan Andy Nasar dan Ruddye Nualin.

Skuad AT Keningau akan mewakili AT Sabah bagi semua kategori bawah 10, 11 dan 12 tahun  ke Kejohanan Karnival Liga Akademi Tunas Kebangsaan di Gambang, Pahang dari 13 hingga 17 Oktober depan.

About Author

Staff Writer

Comment