Kim Swee, Safee sambut baik TMJ sebagai presiden FAM

By Staff Writer 23 March 2017
Kim Swee, Safee sambut baik TMJ sebagai presiden FAM

Pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, menyambut baik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menang tanpa bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun kedudukannya sendiri tampak kian goyah dengan perkembangan terbaru itu.

"Kita tahu TMJ mempunyai sejarah yang cukup baik, membina satu empayar di Johor apabila mereka menjuari Liga Super dan Piala AFC.

"Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas bukan saja di dalam negara, bahkan juga dalam senario AFC. Saya berharap beliau akan melakukan lebih banyak kebaikan demi bola sepak negara," katanya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez, bakal menggantikan Kim Swee sekiranya Tunku Ismail dipilih selaku presiden FAM.

Kim Swee mengakui segala-galanya terserah kepada kepimpinan FAM yang baru sama ada beliau kekal mengendalikan skuad Harimau Malaysia atau sebaliknya.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali, turut  tampak teruja dengan perkembangan itu dan menyifatkan baginda paling layak menerajui FAM.

"Saya berasa gembira dengan situasi sekarang apabila seorang individu yang benar-benar berminat dengan bola sepak memimpin (bola sepak) Malaysia. 

"Saya berharap dapat melihat perubahan drastik secepat mungkin," ujarnya.

Pada masa sama, senario tersebut turut diterima baik Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

"Insya-Allah kami akan terus memberikan kerjasama tidak kira siapa menjadi pemimpin dalam memastikan program sukan kita dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kami di MSN juga berharap kepimpinan baru FAM akan memberikan kerjasama dalam memperkasakan lagi program bola sepak negara," katanya.

 

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Qi Xuan sasar separuh akhir di Pulau Pinang

By 23 Mac 2017. 9.34 AM