Kim Swee mahu perbaiki barisan tengah

By Staff Writer 19 March 2017
Kim Swee mahu perbaiki barisan tengah

Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, kini akan menumpukan usaha memantapkan jentera tengah pasukan negara sebelum berdepan Filipina dalam aksi persahabatan antarabangsa di Manila, Rabu ini.

Skuad kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, yang menyaksikan barisan negara meraih kemenangan tipis 1-0.

Walaupun mengawal sebahagian besar perlawanan, tidak banyak peluang gol dicipta jentera tengah dan ia antara kelemahan yang mahu segera diatasi Kim Swee sebelum berlepas ke Manila.

"Semua beraksi dengan baik tetapi kami masih lagi berdepan satu dua kelemahan yang perlu diperbaiki kerana di peringkat antarabangsa, kesilapan mampu membawa padah. Jadi, itu harus diperbaiki," katanya.

Aksi semalam menyaksikan Kim Swee menggunakan kesebelasan berbeza dalam setiap babak perlawanan dan gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain tengah, Shahrul Saad, dalam babak pertama.

Pada masa sama, perlawanan tersebut menampakkan Baddrol Bakhtiar berupaya beraksi di dua posisi berbeza pada setiap babak perlawanan, lantas memberi gambaran dia sedia menyerlahkan aksi mantap berdepan Filipina.

Baddrol beraksi selaku pemain tengah pada babak pertama sebelum bertindak selaku penyerang sokongan pada babak kedua perlawanan.

"Dengan lebih banyak perlawanan, ia akan meningkatkan lagi keyakinan pemain. Bagi saya, bermain di posisi mana pun bukan satu masalah," ujar Baddrol.

 

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Jin Wei jalani latihan khas elak kecederaan

By 18 Mac 2017. 2.10 PM