Kim Swee elak panggil pemain bermasalah sertai kem kebangsaan

By Staff Writer 29 September 2016
Kim Swee elak panggil pemain bermasalah sertai kem kebangsaan
Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, seakan-akan sudah serik dengan isu yang melanda skuad kebangsaan dan menyuarakan hasrat untuk tidak melibatkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kem latihan selepas ini bagi mengelak isu sama daripada berulang. 

Susulan daripada isu yang tercetus membabitkan pemain dari JDT dan JDT II yang diarah kembali ke pangkuan kelab, Kim Swee akan lebih memilih bagi mengelak kesukaran sama daripada berulang selepas ini. 

"Saya dapat tumpukan kepada perkara-perkara lain. 

"Contohnya memanggil pemain-pemain yang mungkin tidak akan menimbulkan masalah. 

"Ini salah satu daripada perancangan saya jika kami menghadapi masalah pada masa hadapan," jelas beliau.

Namun, Kim Swee tidak boleh melatah kerana kekuatan utama skuad negara tergalas di bahunya sendiri. 

Pada masa yang sama, keberkesanan penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha ditagih bagi menyelamatkan maruah Harimau Malaysia. 

Kim Swee memberi jaminan beliau merancang satu program khas buat Norshahrul untuk membawa bekas penyerang kebangsaan itu kembali kepada prestasi sebenarnya. 

"Saya akan merangka satu program khas di mana Norsahrul boleh tampil lebih baik, terutama daripada segi kecergasan. 

"Saya percaya Norshahrul mampu memperbaiki kecergasannya, selebihnya saya percaya skil dan pengalamannya akan membantu pasukan kita."

About Author

Staff Writer

Comment