Khuzaimi akui latihan pra-musim mampu bentuk keserasian MU

By Ammar Hakim 7 January 2017
Khuzaimi akui latihan pra-musim mampu bentuk keserasian MU

Pertahanan Melaka, Khuzaimi Piee, mengakui latihan pra-musim di Kemboja mampu membentuk keserasian mantap di kalangan pemain menjelang saingan Liga Super 2017.

Khuzaimi, yang mesra dipanggil Jimmy, adalah antara sembilan pemain yang dikekalkan daripada skuad Melaka musim lalu.

Menerima kehadiran ramai rakan baru pada musim ini, anak jati Melaka berusia 24 tahun ini mengakui mereka memerlukan banyak perlawanan untuk membina skuad ampuh bagi menghadapi cabaran berbeza pada 2017.

“Kami menyedari keserasian bersama pemain-pemain baru akan mengambil masa, kami berharap persiapan yang dilakukan di Kemboja akan dapat membantu kami menghadapi Liga Malaysia musim 2017,” ujarnya.

Khuzaimi menyerlah bersama Melaka musim lalu selain Khair Jones susulan berjaya memikat pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Namun, dia kempunan untuk mewakili Harimau Malaysia dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 kerana digugurkan pada saat akhir akibat kecederaan.

“Ya, saya agak kecewa kerana segalanya berlaku pada saat-saat akhir, saya berharap untuk beraksi bersama Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia.”

 

About Author

Ammar Hakim

Comment