Khairy harap TMJ terus kukuhkan projek NFDP

By Staff Writer 23 March 2017
Khairy harap TMJ terus kukuhkan projek NFDP

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengharapkan jaminan perubahan bola sepak negara yang disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sepanjang kempennya untuk jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera dilaksanakan.

Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, secara automatik TMJ menang tanpa bertanding walaupun kongres FAM hanya akan berlangsung Sabtu ini.

"Berdasarkan kepada pencapaian baginda bersama JDT dan juga idea yang telah diketengahkan ketika tempoh kempen, baginda mampu membawa perubahan positif," katanya.

Khairy turut mengharapkan keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) tidak terlepas pandang.

Apatah lagi, program itu merupakan salah satu medium akar umbi yang mampu membawa kecemerlangan bola sepak negara pada masa hadapan.

"Kita perlu memastikan NFDP dapat terus diperkasakan lagi dan membantu visi Tuanku untuk membangunkan bola sepak negara," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment