Kemenangan di Manila akan beri kelegaan buat Kim Swee -- Syazwan

By Ammar Hakim 15 March 2017
Kemenangan di Manila akan beri kelegaan buat Kim Swee -- Syazwan

Pemain tengah bola sepak negara, Syazwan Zainon, mengharapkan kemenangan di Manila sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit  kelegaan buat jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee, yang baru sahaja kehilangan bapanya minggu lalu.

Memahami kehilangan yang dirasai Kim Swee ketika ini, Syazwan mengharapkan keputusan positif di Manila nanti mampu mengurangkan kesedihan jurulatihnya itu.

Sudah pasti keutamaan Kim Swee buat skuad negara, melewati aksi kurang cemerlang dalam saingan Piala Suzuki AFF lima bulan lalu, sudah tiba masanya untuk skuad negara tampil lebih berkesan dalam aksi persahabatan pertama untuk tahun 2017.

"Kami sebagai pemain perlu memberikan yang terbaik bagi mengurangkan perasaan sedih yang dialami oleh jurulatih kami," kata Syazwan.

Reputasi Syazwan bersama Kedah tidak mampu disangkal lagi, dengan dia sendiri mengharapkan mampu untuk membantu skuad negara tampil lebih berkesan di Manila.

"Walaupun kami kurang beraksi bersama kerana memberikan tumpuan kepada pasukan negeri dan kelab masing-masing, sebagai pemain kami mengetahui apa yang harus dilakukan di atas padang."

About Author

Ammar Hakim

Comment