Kelayakan Piala Asia: AFC umum tarikh baru aksi sulung Malaysia-Korea Utara

By Shaiful Shamsudin 15 March 2017
 Kelayakan Piala Asia: AFC umum tarikh baru aksi sulung Malaysia-Korea Utara
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi tempoh sehingga 14 April depan buat Persatuan Bola Sepak Korea Utara menentukan gelanggang berkecuali bagi aksi Kelayakan Piala Asia membabitkan Malaysia dan skuad negara itu. 

AFC hari ini mengadakan sesi penerangan media berhubung penundaan perlawanan  Korea Utara-Malaysia yang dijelaskan sendiri oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John. 

Windsor turut menerangkan sebab perlawanan itu perlu diadakan pada 8 Jun depan. 

"Perlawanan pertama harus dimainkan sebelum perlawanan kedua. 

"Turutan perlawanan tidak boleh berubah," katanya.

Windsor turut menyatakan Korea Utara selaku tuan rumah perlawanan itu perlu menanggung kos perbelanjaan untuk aksi itu walaupun ia berlangsung di gelanggang berkecuali.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk menukar venue perlawanan di Pyongyang yang sepatutnya diadakan pada 25 Mac ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur sebelum Jawatankuasa Pertandingan AFC bertindak menunda perlawanan itu. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment