Kejohanan Piala Dubai: Cabaran sukar menanti Dominic dan skuad bawah 22 tahun negara

By Ammar Hakim 17 March 2017
Kejohanan Piala Dubai: Cabaran sukar menanti Dominic dan skuad bawah 22 tahun negara

Dominic Tan mengakui benteng akhir skuad bola sepak bawah 22 tahun negara perlu lebih bersedia untuk menghadapi aksi penuh getir dalam Kejohanan Piala Dubai dari 20 hingga 28 Mac ini, apabila dijadual berdepan lawan jauh lebih hebat.

Skuad bawah 22 tahun negara kerap bertemu lawan dari Asia Tenggara sepanjang siri perlawanan tahun lalu.

Malah, aksi persahabatan terakhir mereka juga menemukan pasukan Vietnam yang menyaksikan keputusan 0-3 memihak lawan.

Berdepan pasukan seperti China, Arab Saudi dan Jordan dalam Kejohanan Piala Dubai, Dominic mengakui tugas sukar menanti skuad negara.

"Semestinya mereka akan memberikan cabaran kepada kami, Malaysia akan cuba yang terbaik memberikan yang terbaik," kata Dominic.

Dominic antara tiga pemain Johor Darul Ta’zim yang mula menyertai latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara pada Khamis.

Pertahanan kelahiran Singapura berusia 20 tahun ini bakal menjadi taruhan utama di benteng akhir untuk digandingkan bersama kapten Adib Zainuddin.

"Kami akan cuba untuk menggunakan strategi yang telah kami usahakan dalam sesi latihan untuk meraih satu keputusan yang positif nanti."

About Author

Ammar Hakim

Comment