Kejohanan Piala Dubai 2017: Persiapan singkat faktor prestasi kurang memuaskan

By Ammar Hakim 29 March 2017
Kejohanan Piala Dubai 2017: Persiapan singkat faktor prestasi kurang memuaskan
Penolong jurulatih bawah 22 tahun negara, Aminuddin Hussin menyifatkan persiapan singkat sebagai faktor utama prestasi buruk anak buah Frank Bernhardt pada Kejohanan Piala Dubai 2017 di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Skuad bawah 22 tahun negara melakukan persiapan kurang daripada 10 hari untuk menghadapi Kejohanan Piala Dubai.

Berdepan dengan rata-rata pasukan handalan Asia, kehadiran mereka tanpa persiapan mantap membawa padah.

Skuad negara sekadar mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan dan paling mengecewakan dibelasah 0-4 menentang Thailand pada aksi kedua dan diaib dengan keputusan yang sama bertemu Jordan pada aksi terakhir.

"Kami tidak mempunyai persiapan yang rapi untuk menghadapi kejohanan ini, saya dan Bernhardt sudah menjangkakan keputusan ini," kata Aminuddin.

Meskipun gagal menjelmakan persembahan positif berdepan lawan yang kuat, penganalisis bola sepak tempatan Asmawi Bakiri mengakui kejohanan itu tetap menjadi pendedahan berguna buat pemain negara.

"Ia merupakan satu pendedahan dalam kejohanan itu sangat bagus buat pemain-pemain negara kerana berdepan pasukan yang berkualiti," jelas Asmawi.

About Author

Ammar Hakim

Comment