Kami masih belum bersedia -- Weigang

By Ammar Hakim 15 January 2017
Kami masih belum bersedia -- Weigang

Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang yang berasakan skuadnya masih tercari-cari rentak walaupun Liga Malaysia bakal membuka tirai kurang seminggu lagi.

Biarpun menutup perlawanan pra-musim dengan kemenangan ke atas UKM FC 3-2, Weigang belum gembira secara keseluruhan dengan prestasi dipamerkan pemain.

Tambahan dia baharu seminggu bersama pasukan, Weigang mendapati kehadiran ramai pemain baharu membuatkan pasukan masih memerlukan masa untuk membina keserasian.

Walaupun masa kian suntuk, dia akan cuba memastikan pasukan mampu berada di tahap terbaik sebelum perlawanan pembukaan berdepan Pahang, 21 Januari ini.

“Pasukan kami masih belum bersedia untuk bersaing di Liga Super, kami masih memiliki masa untuk memperbaikinya dan hadirnya beberapa pemain baru di dalam pasukan dan berharap dapat menghasilkan keserasian pada perlawanan pertama Liga Super nanti,” kata Weigang.

Dalam aksi pada Sabtu, Zaquan Adha muncul watak penting kejayaan Perak apabila menjadi pencetus kepada ketiga-tiga jaringan pasukan.

Pemain import dari Palestin, Yashir Pinto meledak dua jaringan Perak sementara satu lagi gol disumbangkan Vladislav Mmirchev.

“Saya percaya kami telah bermain dengan baik dalam perlawanan ini, namun masih beberapa perkara yang boleh diperbaiki.”

About Author

Ammar Hakim

Comment