Joseph masih jauh daripada puas hati

By Ammar Hakim 2 January 2017
Joseph masih jauh daripada puas hati

"Saya masih belum puas hati," itu luahan pengendali MISC-MIFA, Jacob Joseph, yang berasakan anak buahnya masih belum mencapai mutu permainan sebuah pasukan dalam Liga Perdana meskipun mencatat kemenangan besar ke atas Felcra FC dalam aksi persahabatan.

Selepas dinobatkan sebagai juara Liga FAM musim 2016, MISC-MIFA bakal bersaing dalam Liga Perdana untuk musim 2017.

Namun, Jacob berasakan persembahan anak buahnya di atas padang masih belum cukup ampuh untuk bersaing dalam Liga Perdana dan dia mempunyai tempoh kurang sebulan untuk memperbaiki kelemahan ini sebelum liga bermula.

“Saya melihat pemain-pemain saya masih belum setaraf pasukan Liga Perdana. Masih di takuk lama dan saya berharap dengan berbaki 20 hari, kami mampu mengubah gaya permainan kami,” katanya.

Masih mengekalkan kebanyakan pemain yang sama dalam pasukan, keutamaan Jacob ketika ini adalah pemilihan pemain import.

Posisi yang tampak ketara ketika ini adalah di barisan pertahanan dan serangan, dan dia berharap dapat menemui gandingan sesuai dalam masa terdekat.

“Saya baru menilai dua lagi pemain import dan saya berasakan mereka tidak bersesuaian dengan gaya permainan kami.”

Pasukan MISC-MIFA bakal membuka saingan Liga Perdana pada 20 Januari ini bertemu pasukan PDRM.

Liga Perdana akam membuat sepak mula pada 20 Januari dan antara perlawanan yang berlangsung melibatkan PDRM dan Terengganu, yang masing-masing menentang MISC-MIFA dan PKNP FC manakala Kuala Lumpur bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

SSPL: Puchong United BC on song

By Shaiful Shamsudin 31 Disember 2016. 1.17 PM