Ikut arahan jurulatih -- Khairul Fahmi Che Mat

By Staff Writer 2 October 2016
Ikut arahan jurulatih -- Khairul Fahmi Che Mat

Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, mohon rakan sepasukan bersatu hati di sebalik kesulitan yang terpaksa dihadapi skuad kebangsaan menjelang tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2016.

Selaku antara pemain paling senior, Khairul Fahmi akui, masalah yang dihadapi oleh Datuk Ong Kim Swee merupakan sesuatu yang janggal dan belum pernah berlaku sepanjang bersama pasukan kebangsaan.

Justeru, dia harap pemain-pemain yang masih berada dalam pasukan mampu kekal tenang dan dapat berikan fokus seratus peratus menjelang aksi persahabatan berdepan Singapura dan Afghanistan.

"Yang paling penting pemain perlu fokus dengan arahan yang telah diberikan oleh jurulatih," katanya.

"Sesi latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah, pemain hanya perlu melakukan tugas masing-masing."

Sementara itu, Khairul Fahmi, turut mendedahkan dia berminat beraksi di Liga Thailand dalam tempoh dua tahun lagi selepas ketahui pengenalan kuota import untuk pemain ASEAN.

Enggan menjadikan soal tawaran sebagai faktor utama, dia sedia timbang mana-mana tawaran jika ada kelab berminat mendapatkan khidmatnya.

"Kita perlu menyahut cabaran beraksi di liga luar dari Malaysia. Di situ kita sebagai pemain dapat mengenal pasti di manakah tahap sebenar apabila beraksi di liga selain Liga Malaysia," tambahnya.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Frost enggan dedah perlantikan jurulatih baharu

By 2 Oktober 2016. 5.23 AM