Ifwat Akmal menanti peluang barisi Harimau Malaysia

By Shaiful Shamsudin 3 November 2016
Ifwat Akmal menanti peluang barisi Harimau Malaysia
Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, enggan terburu-buru dalam mengejar impian menyarung jersi skuad kebangsaan walaupun mempamerkan aksi memberangsangkan pada usia muda ketika ini. 

Menyedari peluang hanya datang sekali, Ifwat tidak mempersia-siakan kepercayaan pengendalinya, Tan Cheng Hoe. 

Dia memberi aksi sehabis sebaik sejak membarisi kesebelasan utama Lang Merah Julai lalu dan kemuncaknya ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Ahad lalu. 

Sememangnya, Ifwat kini berada di landasan terbaik untuk mewakili skuad Harimau Malaysia dalam masa terdekat. 

"Semua pemain idam untuk bermain di peringkat kebangsaan. Insya-Allah jika anda peluang, saya pasti akan bermain," laung Ifwat. 

Anak jati Perlis berusia 20 tahun itu mengetepikan rasa gugup menerusi ketangkasan yang diperagakannya sepanjang 120 minit permainan bertemu Selangor. 

Momentum itu dikekalkannya dalam penentuan sepakan penalti apabila menafikan sepakan Azmi Muslim untuk membantu Kedah meraih kejohanan edisi ke-90 tersebut. 

"Arwah ayah saya tidak dapat menyaksikan saya beraksi di pentas final Piala Malaysia, jadi saya telah membuktikan kepada penyokong Kedah dan rakyat Malaysia bahawa saya mampu melakukan yang terbaik."

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment