Hassan Sazali jelaskan sebab Stuart Wark tidak tersenarai perkuat Harimau Malaysia

By Shaiful Shamsudin 9 March 2017
Hassan Sazali jelaskan sebab Stuart Wark tidak tersenarai perkuat Harimau Malaysia
Pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat, apabila menamakan senarai 23 pemain untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Filipina pada 22 Mac ini dan juga aksi Kelayakan Piala Asia berdepan Korea Utara, 28 Mac ini. 

Selain Khairul Fahmi, turut digugurkan ialah penyerang Felda United, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Darren Lok dan Irfan Fazail.

Nama yang menggantikan mereka terdiri daripada lima muka baru yang tidak beraksi dalam Piala AFF Suzuki 2016, iaitu penjaga gol Felda United, Farizal Harun, pertahanan Pahang, Mohd Afif Aminuddin, Khair Jones (Melaka United), Nasir Basharuddin (Perak) dan Akram Mahinan (Kedah). 

Bagi penolong jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Waras, barisan pemain dipilih adalah berlandaskan prestasi semasa. 

"Sesiapa yang terpilih, kita tak boleh nak memilih berdasarkan (reputasi) indivdu atau mana-mana negeri untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan. 

"Tapi apa yang penting adalah berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan dalam liga kita sekarang," ujarnya. 

Skuad kebangsaan juga sebelum ini bercadang memanggil enam pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), namun hanya dua pemain kelab itu berada dalam senarai pelatih kebangsaan. 

"Pasukan kebangsaan amat memerlukan Ahmad Hazwan Bakri. 

"(Selebihnya) dengan pemain yang disenaraikan, saya berasakan mereka mampu menggalas tanggungjawab apabila dipilih." 

Mengenai hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah The Fighters, Stuart Wark, Hassan Sazali menawarkan penjelasannya.

"Proses pengesahan untuk dia mewakili pasukan kebangsaan memerlukan sedikit masa daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," tambahnya. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment