Hasrat Mamu bantu T-Team tergendala

By Ammar Hakim 9 January 2017
Hasrat Mamu bantu T-Team tergendala

Pemain lincah T-Team, Muhammad Fauzi Abdul Kadar, 25, terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuat penampilan kompetitif sulung bersama pasukan baharunya itu selepas mengalami kecederaan patah tulang bahu, minggu lalu.

“Kecederaan ini dialami ketika perlawanan pra-musim menentang Kuantan FA, 29 Disember lalu.

“Sudah tentu saya sedikit terkilan kerana ia menghalang saya melakukan aksi pertama bersama T-Team dalam Liga Super yang akan membuka tirai 21 Januari ini.

“Saya telah berusaha keras untuk memikat hati ketua jurulatih (Rahmad Darmawan) dan apabila mengalami kecederaan ini, saya agak kecewa,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mamu.

Bekas penyerang MISC-MIFA itu telah menjalani pembedahan dan akan terus mengadakan pemeriksaan berkala di ibu negara sehingga pulih sepenuhnya.

“Apa yang penting, saya tidak boleh dan tidak akan berputus asa serta berharap dapat segera pulih untuk turun ke padang bersama rakan-rakan sepasukan.

“Pasukan baharu ini dibarisi pemain-pemain muda yang berpotensi selain mampu mencipta kejayaan lebih besar dalam saingan musim ini,” tambahnya lagi.

About Author

Ammar Hakim

Comment