Hamidin sasar Harimau Malaysia ke separuh akhir Piala AFF

By Jannah Ali 15 November 2016
Hamidin sasar Harimau Malaysia ke separuh akhir Piala AFF
Pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, meletakkan sasaran awal mara hingga peringkat separuh akhir buat Harimau Malaysia.

"Fokus pertama kami untuk Harimau Malaysia adalah mendapatkan tiga mata ketika bertemu Kemboja.

"Setakat ini, kami juga meletakkan sasaran untuk mara sehingga peringkat separuh akhir, selepas kami melepasi peringkat separuh akhir kami akan bertemu kembali dengan media.

"Saya ada berkata kepada Safee Sali, saya tidak mahu Safee 90 minit atas padang, tetapi saya mahukan 30 minit Safee ketika 2014, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya.

"Saya mengharapkan Safee dan Norshahrul Idlan Talaha akan menjadi senjata utama saya ketika dalam Piala AFF," jelas Hamidin.
 
Skuad negara akan berlepas ke Yangon, Myanmar esok sebelum membuka tirai perlawanan pertama kumpulan B menentang Kemboja, Ahad ini.

About Author

Jannah Ali

Comment