Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung FAM

By Ammar Hakim 25 March 2017
Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung FAM

Datuk Hamidin Mohd Amin telah disahkan kekal sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan Hamidin akan terus menyandang jawatan yang dipegangnya sejak 27 Jun 2013. 

Tunku Ismail menyifatkan tidak kira siapa setiausaha agung yang dilantik, penjawatnya perlu melakukan tugas dengan baik buat organisasi bola sepak tanah air.

"Saya berharap beliau dapat menjalankan tugas dengan baik, dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin)," katanya.

Tunku Ismail berkata demikian apabila ditanya siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baru dalam Kongres FAM Ke-53 di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Bernama menambah Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan.

"Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya.

About Author

Ammar Hakim

Comment