Gunalan gembira Shahrom bebas kecederaan

By Jannah Ali 11 October 2016
Gunalan gembira Shahrom bebas kecederaan
Pemangku ketua jurulatih Selangor, K. Gunalan, gembira apabila kapten dan tonggak pertahanan Gergasi Merah, Shahrom Kalam, kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang menyaksikannya tersisih hampir tiga bulan.

Bagi Gunalan, Shahrom sudah menjalani pemulihan dengan baik sebelum ini. Kerana itu, dia tidak terkejut apabila pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menurunkan Shahrom dalam aksi dengan Singapura, Jumaat lalu.

"Kami memantau prestasinya kerana dia melakukan sesi pemulihan di dua tempat, iaitu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada waktu pagi dan petang dengan kami.

"Dua minggu lalu, saya telah berasakan dia telah kembali pulih sepenuhnya. Saya berharap dia boleh beraksi bersama pasukan, jika tidak kami akan menyaksikan pilihan apa yang kami miliki," jelas Gunalan.

Gunalan turut berpuas hati dengan aksi Shahrom walaupun dia hanya beraksi pada babak kedua ketika bersama skuad negara bertemu Singapura.

Dalam pada itu, Gunalan kekal berwaspada menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan T-Team, Sabtu ini.

Walaupun mendahului dengan kelebihan satu gol, Gunalan mahu pemain-pemainnya kekal berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan, bagi memastikan kemaraan mereka ke pentas final.

"T-Team pasti akan cuba untuk mendapatkan gol awal, jadi 20 minit pertama perlawanan, kami perlu berjaga-jaga untuk tidak membenarkan mereka melakukan jaringan. 

"T-team pastinya akan berhempas-pulas untuk mendapatkan gol pada Sabtu ini."

About Author

Jannah Ali

Comment