Filipina berazam tamat penantian 26 tahun

By Ammar Hakim 21 March 2017
Filipina berazam tamat penantian 26 tahun

Pengendali Filipina, Thomas Dooley, mahu menamatkan penantian selama 26 tahun pasukannya untuk menewaskan Malaysia apabila mereka bertemu dalam aksi persahabatan, malam esok.

Bagi bekas pemain Piala Dunia Amerika Syarikat ini, ia penting buat Filipina menewaskan lawan yang sukar untuk terus mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa.

"Jika kami mahu memperbaiki kedudukan ranking kami, Filipina perlu memenangi perlawanan berdepan Malaysia, berdepan Nepal dan mana-mana perlawanan akan datang," jelas Dooley.

Bagi penolong ketua jurulatih kebangsaan, Brad Maloney, keputusan empat perlawanan lalu dengan Filipina yang berakhir seri tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan semasa kedua-dua pasukan kali ini.

"Ramai pihak yang menjangkakan keputusan seri dalam perlawanan di antara Malaysia dan Filipina tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku," kata Maloney.

About Author

Ammar Hakim

Comment