Farizal Harun teruja dapat kepercayaan Kim Swee

By Shaiful Shamsudin 18 March 2017
Farizal Harun teruja dapat kepercayaan Kim Swee
Penjaga gol Felda United, Farizal Harun, tidak menjangka akan diberi peluang sulung bersama skuad kebangsaan memandangkan usianya kini sudah menjangkau 31 tahun. 

Namun, aksi konsisten bersama The Fighters dalam saingan Liga Super musim ini menyuntik keyakinan pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, untuk memberikannya peluang. 

"Terkejut ada dan teruja pun ya juga. 

"Saya bersyukur diberi peluang dan akan cuba memberikan yang terbaik," ujarnya. 

Farizal melaporkan diri bersama skuad kebangsaan semalam selepas beraksi dalam Piala AFC berdepan Ceres Negros -- yang dibarisi ramai pemain antarabangsa Filipina -- Rabu lalu.

"Kalau pemain-pemain itu (Ceres) yang akan diturunkan, kami mampu memberi saingan hebat.

"Prestasi pemain mereka dengan Malaysia juga lebih kurang sama," tambahnya. 

Turut melaporkan diri ialah rakan sepasukannya, Hadin Azman. 

Seperti Faizal, Hadin turut mahu membantu skuad negara meraih keputusan positif dalam aksi persahabatan antarabangsa berdepan Filipina, 22 Mac ini. 

"Saya akan bersedia untuk diturunkan sekiranya diberi peluang. 

"Saya sentiasa yakin dengan persembahan sendiri dan akan memberikan aksi terbaik kalau diberi peluang," katanya. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment