FAM cadang wajibkan jurulatih tempatan ambil lesen profesional AFC

By Ammar Hakim 7 January 2017
FAM cadang wajibkan jurulatih tempatan ambil lesen profesional AFC

Ketua Jabatan Kejurulatihan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), B. Sathianathan, mengesahkan FAM kini bercadang untuk mewajibkan kesemua jurulatih pasukan Liga Super dan Liga Perdana untuk memiliki lesen profesional Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) pada 2018.

Lesen profesional AFC adalah kelayakan tertinggi jurulatih di Aasia dan ia setaraf lesen profesional UEFA.

Meskipun ia masih di peringkat cadangan, Sathianathan percaya Liga Malaysia wajar menetapkan syarat kelayakan tinggi buat jurulatih.

“Jika Malaysia mahu melangkah ke hadapan, kami perlu menetapkan perkara ini kerana di Malaysia lebih kurang 14 jurulatih yang memiliki lesen ini,” ujar Sathianathan.

Bagi memudahkan jurulatih tempatan mengambil diploma lesen profesional AFC, FAM akan turut memohon kepada AFC untuk mengadakan kursus itu di Malaysia.

Kursus ini mengambil masa dua tahun, dengan peserta perlu melengkapkan empat modul yang merangkumi seluruh aspek kejurulatihan profesional.

Jurulatih yang mengambil kursus ini juga perlu terdiri daripada jurulatih yang aktif bersama pasukan liga.

Sathianathan, yang juga presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), percaya penetapan syarat kelayakan tinggi buat jurulatih akan turut membantu meningkatkan kualiti bola sepak negara.

“Kita tidak boleh melihat lesen ini hanya boleh digunakan dalam Liga Super dan Liga Perdana, ia memberikan peluang kepada jurulatih untuk mendapatkan pengalaman di luar negara.”

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Muar BC Seals Top Spot

By Ammar Hakim 7 Januari 2017. 11.22 AM