Eric Williams azam tebus kekalahan

By Ammar Hakim 28 February 2017
Eric Williams azam tebus kekalahan

Jurulatih Melaka United, Eric Williams, berazam menebus kekalahan kepada Pahang, Sabtu lalu, apabila berhadapan Pulau Pinang malam esok.

Skuad Hang Tuah akan menentang Black Panthers di Stadium Negeri, Pulau Pinang.

Jurulatih itu mengakui masih berasa bersalah dengan kekalahan yang dialami skuad bimbingannya.

“Maafkan saya untuk kekalahan di laman sendiri Sabtu lalu,”

“Kami akan memberikan yang terbaik dalam perlawanan berikutnya.”

Melaka United kini berada di tangga kelapan dengan tiga kekalahan dalam enam perlawanan, seri satu dan dua kemenangan.

About Author

Ammar Hakim

Comment