Elavarasan mungkin cari awang import baru

By Staff Writer 3 April 2017
Elavarasan mungkin cari awang import baru
Pengendali PKNS FC, E. Elavarasan, tidak menolak kemungkinan mengambil awang import baru ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 15 Mei depan.

Walaupun enggan menamakan awang import yang bakal digugurkan, Elavarasan mengakui barisan tengah pasukan perlu diperkuatkan.

Kedudukan Matthias Hadwa dan Lucas Espindola kini pasti tergugat memandangkan mereka mengisi posisi tengah pasukan.

Elavarasan juga tidak menolak kemungkinan mendapatkan kelibat beberapa tonggak tempatan berpengalaman secara pinjaman ketika jendela perpindahan kedua, dalam usaha meningkatkan
prestasi pasukan.

"Ia akan menjadi keutamaan kami untuk mendapatkan pemain-pemain import. Tujuan mereka di dalam pasukan adalah untuk meningkatkan mutu permainan, kami mungkin akan membuat pertukaran pada jendela perpindahan seterusnya," kata Elavarasan.

Dalam pada itu, tonggak tengah PKNS, Mohd Fauzan Dzulkifli, mengakui Elavarasan sudah menerapkan beberapa pertukaran taktikal ketika latihan dalam usaha meningkatkan mutu permainan.

Namun, bagi bekas pemain Pulau Pinang ini, pemain juga perlu menggandakan usaha dalam baki aksi Liga Super musim ini.

"Beliau telah membantu meningkatkan prestasi, terutama sekali di bahagian pertahanan," jelas Fauzan.

Ketika ini, pemain import skuad PKNS ditunjangi dua pemain dari Argentina, iaitu pertahanan, Gonzalo Soto, dan juga penyerang, Lucas Espindola.

Melengkapkan kuota import PKNS ialah Patrick Ronaldinho dari Liberia dan Matias Hadwa dari Palestin.

About Author

Staff Writer

Comment