Disiplin pemain jadi kunci hadapi The Fighters - Rahmad

By Ammar Hakim 1 March 2017
Disiplin pemain jadi kunci hadapi The Fighters - Rahmad

Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak mengambil mudah cabaran Felda United, dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu malam ini meskipun lawan mereka itu menghuni tangga kedua tercorot liga.

“Felda adalah satu pasukan yang bagus, malah mereka dibarisi pemain dan bekas pemain kebangsaan.

“Mungkin kemelut prestasi di bawah ketua jurulatih terdahulu mempengaruhi keputusan mereka.

“Di bawah kendalian B. Sathianathan, mereka menunjukkan peningkatan ketika bertemu Perak, Sabtu lalu,” ujarnya.

Selain dua penyerang import Felda United, Lucas Cano dan Gaston Cellerino, Rahmad turut menamakan tiga lagi pemain, Norshahrul Idlan Talaha, Zah Rahan Krangar dan Hadin Azman sebagai ancaman kepada pasukannya.

“Kami harus berwaspada kerana dari segi kualiti pemain, mereka lebih baik, terutama di bahagian sayap.

“Apa yang ingin ditekankan adalah disiplin pemain kerana itu yang membawa kepada kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), tempoh hari.

“Barisan pertahanan akan diperkemaskan lagi untuk menyekat kemaraan mereka dan kami  perlu bijak memanfaatkan peluang untuk menang di tempat sendiri,” tambah ketua jurulatih berasal dari Indonesia itu.

About Author

Ammar Hakim

Comment