Corak permainan lebih penting daripada keputusan -- Bernhardt

By Shaiful Shamsudin 7 February 2017
 Corak permainan lebih penting daripada keputusan -- Bernhardt
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt, menuntut anak buahnya agar turun tanpa tekanan walaupun sedar banyak pihak menagih kemenangan negara dalam aksi bertemu Vietnam, malam ini. 

Biarpun kemenangan dilihat penting sebagai lonjakan moral buat pasukan, Bernhardt menggesa mereka supaya fokus terlebih dahulu kepada corak permainan. 

Menurutnya, dia sedar ada pihak sekadar melihat keputusan perlawanan itu sebagai penanda aras kemampuan pasukan pasukan negara. 

Dalam masa yang sama, dia tidak mahu situasi berkenaan memberi kesan kepada pemain-pemainnya dalam usaha menampilkan prestasi terbaik mereka. 

"Penyokong (Malaysia) tidak menilai corak persembahan dan membaca (ulasan) saya di akhbar. 

"Apa yang mereka ambil kira hanyalah keputusan perlawanan," kata jurulatih dari Jerman itu. 

"Tanggapan negatif tidak bagus untuk kita. Apa yang penting, mereka mula mengamalkan corak yang diterapkan saya. 

"Ini pasukan berbeza dengan menampilkan pemain berbeza. 

"Kami perlu bersedia kerana apa jua boleh berlaku dalam Sukan SEA (Kuala Lumpur 2017) nanti," katanya. 

Buat masa ini, Berhardht masih berkira-kira untuk menurunkan khidmat beberapa pemain seperti Adib Zainuddin dan Jafri Firdaus Chew. 

Mengakui khidmat Adib dan Jafri cukup penting kepada pasukan, dia mungkin tidak menggunakan khidmat mereka berdua sehingga 90 minit waktu permainan. 

"Liga sudah pun bermula dan kami perlu menangani beberapa situasi. 

"Saya gembira dapat mengatur perlawanan untuk mereka. 

"Kami kehilangan pemain yang memaksa saya merombak kesebelasan utama. Apa pun, kami tetap mahu menang."

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment

Read Next

TMJ sah bertanding jawatan presiden FAM

By 6 Februari 2017. 5.39 AM