Corak latihan Harimau Malaysia sama seperti QPR

By Staff Writer 13 March 2017
Corak latihan Harimau Malaysia sama seperti QPR

Penolong jurulatih skuad bola sepak negara, Brad Maloney, yakin Malaysia berada di landasan tepat dengan menegaskan corak latihan yang diterapkan tiada bezanya dengan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Sebulan menimba ilmu di London, Maloney menjelaskan apa yang membezakan hanyalah tenaga kerja dan kepakaran yang dimiliki kelab itu. 

Justeru, Maloney berpendapat apa yang sedang diguna pakai oleh skuad kebangsaan boleh diteruskan dan hanya memerlukan beberapa perubahan kecil bagi mencetuskan kelainan efektif terhadap latihan.

"Sesi latihan di sini sama seperti di QPR dan diharapkan senario membuktikan kami berada di landasan yang betul.

"Tetapi pada masa kami juga akan menerapkan beberapa pendekatan baru," jelasnya.

Dalam sesi latihan pertama 2017, lima pemain negara gagal menghadirkan diri mengikut jadual, iaitu dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri dan Fadhli Shas, serta dua pemain Felda United, Farizal Harun dan Mohd Hadin Azman.

Seorang lagi pemain, Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dijangka tidak dapat menyertai sesi latihan ekoran kecederaan yang dialami ketika saingan Piala FA berdepan Kedah, kelmarin.

"Nazirul sepatutnya melaporkan diri hari ini tetapi dia mengalami kecederaan, jadi kami akan mengadakan perbincangan sama ada perlunya membawa masuk pemain pengganti," kata seorang lagi penolong jurulatih, Hassan Sazali Waras.

Pengendali, Datuk Ong Kim Swee, tidak bersama pasukan atas urusan keluarga selepas baru sahaja kehilangan bapanya, Ong Chwee Gun, minggu lalu.

 

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

BAM akan terus beri sokongan kepada Chong Wei

By 13 Mac 2017. 9.50 AM