Cools dinamakan antara pemain muda terbaik Belgium

By Amirul Azreen 11 February 2017
Cools dinamakan antara pemain muda terbaik Belgium

Pemain kelahiran Malaysia, Dion Cools, menduduki ranking ke-12 dalam senarai anugerah 'Belofte van het Jaar' (Pemain Muda Terbaik Belgium) bagi tahun 2016.

Ia bukan satu kejutan tatkala pemain berusia 20 tahun itu memulakan kempen 2016/17 dengan impak besar bersama Club Brugge, termasuk menjaringkan tiga gol dalam separuh pertama musim ini.

Beraksi di bek kanan, pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu adalah antara enam pemain pertahanan yang tersenarai untuk anugerah tersebut yang rata-rata didominasi pemain penyerang.

Anugerah tersebut dimenangi bintang Jamaica, Leon Bailey, yang meninggalkan Genk bulan lalu untuk menyertai Bayer Leverkusen.

Pemain terbaru Leicester City, Wilfred Ndidi, menduduki tempat kedua, diikuti pemain tengah Anderlecht, Youri Tielemans.

Juga tersenarai dalam anugerah tersebut adalah rakan sepasukan Cools, Bjorn Engels dan adik kepada Romelu Lukaku, Jordan.

Berikut senarai penuh mengikut kedudukan:

1. Leon Bailey 244
2. Wilfred Ndidi 115
3. Youri Tielemans 86
4. Landry Dimata 75
5. Leander Dendoncker 72
6. Bjorn Engels 60
7. Henry Onyekuru 52
8. Siebe Schrijvers 44
9. Saouliho Meité 34
10. Leandro Trossard 29
11. Jordan Lukaku 24
12. Dion Cools 15
= Edmilson Jr. 15
14. Thomas Foket 10
15. Corentin Fiore 7
16. Timothy Castagne 5
= Stef Peeters 5
18. Pieter Gerkens 4
= Guillaume Hubert 4
= Jean Thierry Lazare 4
21. Dodi Lukebakio 3
= Eric Ocansey 3
= Moses Simon 3
24. Aleksandar Bjelica 2
= Benito Raman 2
= Mats Rits 2
27. Christian Kabasele 1
= Karim Essikal 1
= Lukas Lerager 1
= Olivier Myny 1
= Nikola Storm 1

About Author

Amirul Azreen

Comment