Choubani dijangka sarung jersi Sang Badak

By Ammar Hakim 14 December 2016
Choubani dijangka sarung jersi Sang Badak

Pemain dari Perancis, Sofiane Choubani, dijangka bakal mengisi slot terakhir kuota pemain import Sang Badak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.

Chobani, 26, yang beraksi di posisi tengah, tiba di Kota Kinabalu, Sabtu lalu dan telah mula menjalani latihan bersama pasukan semalam.

Sebelum ini, pengarah sukan skuad Sabah, Adlene Messelem, berkata seorang pemain dari Algeria berketurunan Perancis akan datang ke Kota Kinabalu untuk menyertai sesi latihan Sang Badak.

Beliau turut mendedahkan pemain berkenaan berminat untuk menjadi sebahagian daripada 'projek' mereka di Sabah.

Pemain yang pernah diserapkan ke dalam skuad bawah 20 tahun Perancis itu sebelum ini beraksi bersama kelab Liga Algeria, NA Hussein Dey.

Sebelum itu, dia juga pernah beraksi bersama sebuah lagi kelab Liga Algeria, USM Bel-Abbès (2014-2015) dan kelab Liga Perancis, FC Nantes (2010-2012).

Setakat ini, Sabah telah mengikat tiga pemain import, iaitu penyerang dari Perancis, Jonathan Behe dan pemain tengah dari Jepun, Masaya Jitzono, selain melanjutkan kontrak pemain pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, untuk tempoh semusim lagi.

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

PBA anjur Kejohanan Tertutup Remaja Perak

By Ammar Hakim 14 Disember 2016. 6.31 AM