Bernhardt tunggu pelepasan pemain Pulau Pinang

By Staff Writer 30 January 2017
Bernhardt tunggu pelepasan pemain Pulau Pinang

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt, belum mengetepikan khidmat tiga pemain Pulau Pinang untuk ke Vietnam biarpun mereka tidak mendapat pelepasan menyertai sesi latihan tiga hari yang bermula semalam.

Tiga pemain terbabit, Jafri Firdaus Chew, S. Kumaahran dan Syamer Kutty Abba, hanya diberi kebenaran menyertai kem latihan pada 5 Februari nanti.

Tiga pemain Kedah, Ifwat Akmal, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Syafiq Ahmad pula dilaporkan mengalami kecederaan.

Namun, Bernhardt menegaskan dia akan memantau perkembangan tiga pemain berkenaan melalui perbincangan dengan jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood.

"Saya telah menghubungi jurulatih Pulau Pinang dan kami berbincang mengenai situasi ini dan kami akan berbincang sekali lagi selepas ini dan mungkin saya akan membawa satu atau dua pemain dari kelab itu," jelas Bernhardt.

Mengenai aksi berdepan Vietnam di Stadium Thong Nhat, 7 Februari depan, Bernhardt tiada perancangan membawa terlalu ramai muka baharu dalam senarai 18 pemain.

Dia lebih berminat untuk memberi fokus dalam membentuk keserasian antara pemain-pemain sedia ada dalam pasukan.

"Kami tidak mahu membawa terlalu banyak muka baharu kerana enggan mengambil risiko mengganggu pemain yang telah mengisi slot kesebelasan utama," tambahnya.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Chong Wei, Yi Han harapan utama Petaling BC

By 29 Januari 2017. 11.56 AM