Benteng negara terima pujian Kim Swee

By Shaiful Shamsudin 23 March 2017
 Benteng negara terima pujian Kim Swee
Pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, memuji keampuhan benteng pertahanan negara ketika mengikat Filipina 0-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam tadi. 

Pertembungan itu menyaksikan Shahrom Kalam dan Ronny Harun menyerlahkan aksi ampuh menangkis asakan serangan Filipina selain Khairul Azhan Khalid turut cemerlang selaku benteng terakhir pasukan. 

"Pemain negara begitu teratur sekalipun Filipina memberi banyak tekanan. 

"Tetapi kami begitu tenang dan benteng juga bagus. 

"Malah, pemain tengah negara juga membantu untuk mengekang asakan Filipina," katanya di Manila. 

Kim Swee turut berpuas hati dengan aksi tonggak senior seperti Amri Yahyah dan Safee Sali. 

Meskipun enggan mengulas lagi mengenai masa depannya dengan skuad negara, Kim Swee berasakan tonggak senior dalam Harimau Malaysia perlu dikekalkan. 

"Amri Yahyah, Safee Sali, Shahrom Kalam dan Ronny Harun, mereka beraksi baik dan bekerja keras.

"Saya percaya mereka mampu memimpin pemain muda negara pada masa akan datang."

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment