Annuar Musa umum tarik diri rebut jawatan presiden FAM

By Shaiful Shamsudin 23 March 2017
 Annuar Musa umum tarik diri rebut jawatan presiden FAM
Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penarikan diri sebagai calon presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

"Tidak ada mana-mana pihak atau individu yang mendesak saya membuat keputusan ini.

"Ini adalah keputusan saya sendiri, sesiapa pun saya tak bincang (mengenainya), termasuk isteri saya sendiri," ujar beliau seperti yang dipetik Astro Awani dalam sidang media khas di Parlimen, pagi ini.

Tambah Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu lagi, beliau tidak mahu keluarga besar bola sepak Malaysia bergaduh sesama sendiri.

Dengan penarikan diri Annuar -- sesuatu yang memang dijangka dari awal -- pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, adalah calon tunggal bagi jawatan berkenaan dan menang tanpa bertanding selaku presiden FAM bagi penggal 2017-2021.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment