Affandi: Subahan, Yusoff layak galas jawatan timbalan presiden

By Ammar Hakim 25 March 2017
 Affandi: Subahan, Yusoff layak galas jawatan timbalan presiden

Bekas pemangku presiden FAM yang juga merupakan timbalan presiden penggal lalu, Datuk Seri Affandi Hamzah, menolak penarikan diri Tan Sri Annuar Musa daripada pencalonan jawatan presiden menjadi punca kekalahannya dalam pemilihan kongres kali ini.

Gagal menyembunyikan rasa kecewanya, Affandi bagaimanapun bersikap profesional dengan melabel dua calon yang berjaya mengatasinya, iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Wira Yusoff Mahadi, layak menggalas jawatan tersebut.

"Semua pihak yang bertanding menawarkan khidmat kepada persatuan ini, yang selebihnya ia diputuskan melalui undian perwakilan," katanya.

Affandi adalah antara calon yang keluar awal dari dewan pemilihan sebaik pengumuman bagi pemilihan timbalan presiden penggal 2017 hingga 2021. 

Affandi dikerumuni ahli keluarganya yang banyak memberikan sokongan sepanjang beliau bersama FAM sebelum ini.

About Author

Ammar Hakim

Comment