Zii Jia capai sasaran peribadi mara ke separuh akhir

By Staff Writer 12 November 2016
Zii Jia capai sasaran peribadi mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia memastikan misi peribadi untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol, menjadi kenyataan selepas menyingkirkan perseorangan Perancis, Tomo Popov, 21-12, 21-18 dalam suku akhir.

Dari satu perlawanan ke satu perlawanan, Zii Jia semakin menemui prestasi kemuncak apabila berdepan dengan lawan yang lebih berkualiti.

Popov, pilihan ketujuh kejohanan, berusaha untuk mengugat Zii Jia menerusi aksi agresif tetapi pemain Malaysia itu lebih bijak dalam mengekalkan strategi sendiri.

"Perlawanan ini sangat sengit dan mungkin Popov berasa sedikit tertekan tetapi saya berjaya meraih kemenangan mudah pada set pertama.

"Memasuki set kedua, saya melihat Popov mula untuk bertenang, jadi perlawanan pada ketika itu menjadi lebih mencabar buat saya." ujarnya.

Zii Jia hari ini akan menentang wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, dalam pertembungan perebutan tiket ke final.

"Saya sangat gembira berjaya untuk melangkah ke separuh akhir kerana saya tidak terfikir yang saya mampu untuk melangkah sejauh ini.

"Saya hanya memberitahu diri saya sendiri untuk memberikan tentangan yang hebat untuk perlawanan ini dan saya tidak sangka berjaya melangkah ke separuh akhir."

About Author

Staff Writer

Comment