Wei Feng pamer kebangkitan untuk tempah slot suku akhir

By Staff Writer 24 November 2016
Wei Feng pamer kebangkitan untuk tempah slot suku akhir
Chong Wei Feng menempah slot suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menewaskan wakil India, HS Prannoy, dalam pusingan ketiga di Kowloon, hari ini.

Pemain perseorangan negara itu mempamerkan kebangkitan selepas tewas dalam set pertama untuk menang dua set berikutnya, 15-21, 21-11, 21-15.

Dalam peringkat suku akhir esok, Wei Feng akan bertemu seorang lagi wakil India, Sameer Verma, yang menewaskan pemain Jepun, Kazumasa Sakai.

Sementara itu, saingan beregu wanita menyaksikan Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei tewas, 10-21, 21-11, 21-9, kepada pasangan Denmark yang juga pilihan ketiga kejohanan, Kamilla Rytter Juhl dan Christinna Pedersen.

Pasangan lelaki negara, Ong Jian Guo dan Lim Khim Wah, turut tumpas kepada pemain tuan rumah, Law Cheuk Him-Reginald Lee Chun Hei, 21-14, 18-21, 21-13, dalam masa 48 minit.

Keputusan:

Chong Wei Feng mn HS Prannoy 15-21, 21-11, 21-15.

Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei kk Kamilla Rytter Juhl/Christinna Pedersen 10-21, 21-11, 21-9.

Lim Khim Wah/Ong Jian Guo kk Law Cheuk Him/Reginald Lee Chun Hei 21-14, 18-21, 21-13.

About Author

Staff Writer

Comment