Wei Feng mara, Kien Keat-Boon Heong tersungkur

By Staff Writer 5 October 2016
Wei Feng mara, Kien Keat-Boon Heong tersungkur
Pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng, tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Noppanai Singrueang dalam pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.

Wei Feng mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain tuan rumah itu 21-18, 21-19 .

Wei Feng, 29 tahun, akan berdepan pemain dari Taiwan, Hsu Jen-hao, dalam pusingan ketiga, esok.

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei, turut melepasi pemain Indonesia, Hana Ramadhini, 21-15, 21-10.

Seorang lagi wakil wanita negara, Tee Jing Yi, juga mudah menewaskan pemain dari negara jiran itu, Rusydina Antardayu Rio Dingin, 22-20, 21-8.

Dalam pada itu, nasib berbeza buat beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, apabila tumpas kepada pasangan Jepun, Takuto Inoe-Yuki Kaneko, 22-20, 19-21, 21-15.

Pemain profesional negara, Mohamad Arif Abdul Latif, yang bergandingan dengan pemain dari Thailand,  Watchara Buranakuea, tumpas kepada pasangan Taiwan. 

Sebelum itu, Arif, yang beraksi dalam acara perseorangan turut tumpas kepada pemain India, Harsheel Dani, 21-18, 21-14.


Keputusan hari ini:

Hoon Thien How-Kok Siang Teo mn Ko-Chi Chang-Liang Jui Wei  21-10 21-19.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Hiski Rumengan-Rofahadah Supriadi Putri 21-9 21-7.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kk Takuto Inoe-Yuki Kaneko 20-22 , 21-19 , 15-21.

Tee Jing Yi mn Antardayu Rio Dingin 22-20 21-8.

About Author

Staff Writer

Comment