Vivian-Khe Wei sedia hadapi cabaran di Dubai

By Ammar Hakim 14 December 2016
Vivian-Khe Wei sedia hadapi cabaran di Dubai

Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo, tersenyum di sebalik cabaran luar biasa yang menanti dia dan gandingannya, Woon Khe Wei, dalam saingan Siri Super Final di Dubai.

Vivian dan Khe Wei akan berentap menentang pilihan kedua dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen, dalam aksi pertama mereka.

Menyusul selepas itu cabaran Jung Kyung Eun-Sin Seung Chan dari Korea Selatan, dengan pertemuan menentang bintang remaja China, Chen Gingchen-Jia Yifan, melengkapkan aksi peringkat kumpulan.

“Pada pendapat saya, tiada kumpulan maut kerana mana-mana beregu yang terpilih menyertai Siri Super final merupakan antara yang terbaik. Ini merupakan satu bonus untuk saya dan Khe Wei dan kami akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Vivian dan Khe Wei layak beraksi di Dubai atas ihsan jemputan saat akhir selepas penarikan diri gandingan Indonesia, Greisya Polli dan Nitya Maheswari, yang mengalami kecederaan.

Tetapi persediaan singkat memadai buat Vivian dan Khe Wei untuk mencari rentak meskipun sebelum ini sudah memikirkan perancangan cuti penghujung musim.

“Selepas tamat Terbuka Macau, kami tidak mengharapkan sebarang kejohanan kecuali saingan Purple League tetapi kami harus memberikan tumpuan untuk aksi di Dubai ini.”

Terdahulu, beregu lelaki nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, bakal membuka tirai kempen skuad negara, malah ujian seawal perlawanan pertama menentang gandingan Denmark.

Jaguh perseorangan lelaki negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, pula akan bertemu wakil Korea Selatan, Son Wan Ho.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

KB Ampang Jaya cepat panas!

By Public Anonymous User 13 Disember 2016. 12.51 PM