V Shem-Wee Kiong tumpu kekalkan rentak konsisten

By Shaiful Shamsudin 17 December 2016
V Shem-Wee Kiong tumpu kekalkan rentak konsisten
Jangkakan perseteruan hangat menjadi latar belakang kepada aksi separuh akhir antara beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, menentang Chiao Biao-Hong Wei, awal pagi esok. 

Pertembungan separuh akhir kali ini bakal menjadi pertembungan ke-10 antara mereka secara keseluruhan dan kedua berturut-turut di Dubai. 

Rekod turut memihak kepada V Shem-Wee Kiong dengan enam kemenangan berbanding tiga, termasuk aksi terakhir peringkat kumpulan Siri Super Final kali ini menerusi pertembungan tiga set. 

Adakah elemen kecergasan dan pemulihan akan menjadi penentuan dalam pertemuam separuh akhir ini?

"Kami tak boleh kalah dalam perlawanan ini. Saya harap pertembungan kali ini pun tidak begitu sengit. 

"Mungkin  sebelum ini mereka ingin menyimpan tenaga," ujar V Shem. 

Malah, Wee Kiong berasakan aksi separuh akhir berupaya menawarkan dinamik berbeza terhadap peningkatan prestasi setiap beregu sambil V Shem menegaskan keperluan memperbaiki kelemahan sendiri dalam tempoh singkat. 

"Kesemua empat beregu yang mara ke separuh akhir adalah pencabar hebat. 

"Kami menghormati setiap lawan kami, namun tidak kira siapa pun yang kami akan hadapi, kami akan sentiasa berikan aksi terbaik," kata Wee Kiong pula. 

"Mungkin tahap konsistensi kami tidak begitu baik lagi. 

"Saya harap kami boleh buat yang lebih baik lagi," tambah V Shem. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment