Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, menepati ramalan ke suku akhir Siri Super Premier Terbuka Denmark selepas menamatkan cabaran pasangan England dalam pusingan kedua.

V Shem dan Wee Kiong hanya mengambil masa 46 minit untuk menewaskan Marcus Ellis-Chris Langridge dengan memenangi set pertama 21-18 dan meneruskan aksi terpuji dalam set kedua untuk menang 21-17.

Di sebalik kejayaan itu, pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, pula tewas kepada pasangan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela dan Stefani Stoeva, secara straight set 21-13, 21-19.

Turut mara, perseorangan lelaki utama negara, Datuk Lee Chong Wei, yang akan berdepan pemain India, Pranoy H.S, yang pernah ditewaskannya dalam Terbuka India pada 2013.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, pula akan membuat perhitungan dengan pencabar dari China, Li Junhui-Bao Yixin.