V Shem-Wee Kiong pamer aksi cemerlang mara ke final Siri Super Akhir

By Ammar Hakim 18 December 2016
V Shem-Wee Kiong pamer aksi cemerlang mara ke final Siri Super Akhir

2016 terus menyaksikan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong corak perkembangan sebagai beregu terbaik dunia apabila memastikan tiket ke penentuan Kejuaraan Siri Super Final di Dubai.

Separuh akhir menyaksikan V Shem dan Wee Kiong mencongak perhitungan menentang seteru mereka dari China, Chiao Biao-Hong Wei.

Seperti aksi terakhir peringkat kumpulan sebelumnya, V Shem dan Wee Kiong tidak ada masalah menentukan rentak permainan.

Dengan reputasi sebagai beregu nombor satu dunia, V Shem dan Wee Kiong juga berupaya untuk membuat lawan tertekan bagaimana untuk menandingi mereka.

Kejayaan merampas set pertama 21-18 terus buat V Shem dan Wee Kiong selesa untuk mempamerkan aksi sendiri sebelum mengesahkan kelayakan ke final dengan catatan 21-16.

Penentuan mahkota Siri Super Final bakal mempertemukan gandingan negara ini dengan pasangan Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

"Pencapaian ini dilihat sebagai tuah buat kami, kami bakal menghadapi perlawanan akhir, kami harus memberikan tumpuan yang sepenuhnya," ujar Wee Kiong.

"Pada perlawanan lepas, kami cuba untuk menyimpan tenaga dan dalam aksi separuh akhir, kami memberikan yang terbaik. Pada perlawanan akhir nanti, kami harus bertindak lebih bijak dalam setiap mata, cuba untuk mengelak daripada membuat kesilapan," kata V Shem.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Waspada servis Syahir Rosdi

By Ammar Hakim 18 Disember 2016. 6.19 AM