V Shem, Wee Kiong melangkah ke suku akhir

By Amirul Azreen 10 March 2017
V Shem, Wee Kiong melangkah ke suku akhir

Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, mengiringi kejayaan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke suku akhir apabila mudah menumpaskan wakil China, Liu Xiao Long-Xu Chen.

Turun sebagai pilihan utama, V Shem dan Wee Kiong tidak menghadapi masalah untuk mengatasi lawan.

Serangan yang teratur dan pukulan kemas yang ditunjukkan menoktahkan kejayaan beregu negara dengan kemenangan 21-12, 21-16.

"Permainan kami hari ini sangat baik. Ddiharapkan perlawanan esok berdepan China, kami akan meneruskan momentum sama," kata V Shem.

Sementara itu, kejayaan V Shem dan Wee Kiong itu gagal diiringii pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.

Berdepan gandingan Korea, Yoo Yeon Seong dan Kim Ha Na buat pertama kali sejak digandingkan, mereka gagal menyaingi pengalaman lawan, sekaligus tewas 21-15, 21-9.

Kian Meng mengakui kekalahan mereka berpunca daripada kegagalan mereka mengikut perancangan awal.

"Hari ini aksi kami agak teruk sehingga menyebabkan banyak berlakunya kesilapan. Kami juga gagal mengikut perancangan jurulatih," ujar Kian Meng.

About Author

Amirul Azreen

Comment