V Shem-Wee Kiong dominasi Kumpulan B

By Staff Writer 16 December 2016
V Shem-Wee Kiong dominasi Kumpulan B

Meskipun telah mengesahkan slot ke separuh akhir Siri Super Final Dubai, beregu lelaki no.1 dunia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tetap memastikan aksi penutup Kumpulan B menjadi milik mereka.

V Shem-Wee Kiong dihadiahkan kemenangan percuma ke atas beregu Denmark Mathias Boe-Carsten Morgensen sebelum melakar kemenangan ke atas Li Junhui-Liu Yu Chen dalam aksi kedua sekaligus menempah tiket ke separuh akhir.

Berdepan Chia Biao-Hong Wei, pasangan negara pada awalnya tewas set pertama 16-21.

Bagaimanapun, memasuki set kedua, mereka bangkit dengan kemenangan 21-13.

Memasuki set penentuan, perlawanan beraksi sengit sehingga keputusan terikat 20-20 sebelum V Shem-Wee Kiong mengekalkan ketenangan untuk melakar kemenangan 22-20.

Dalam perkembangan lain, perseorangan no.1 negara, Datuk Lee Chong Wei terkandas di peringkat kumpulan apabila tewas di tangan wakil Denmark, Viktor Axelsen.

Chong Wei memerlukan kemenangan kedua untuk melangkah ke separuh akhir susulan tewas kepada wakil Korea Selatan, Son Wan Ho dalam aksi pertama sebelum berjaya menumpaskan Angus Ng Ka Long.

Kredit imej: Laman Twitter TeamISN

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Chong Wei terkandas di peringkat kumpulan

By 16 Disember 2016. 12.23 PM