Tuntutan mencabar kejuaraan tidak menjadi tekanan, bahkan melonjakkan aspirasi skuad beregu lelaki untuk meneruskan momentum positif dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 menjelang Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April ini.
Apa sahaja keputusan dalam Terbuka Malaysia yang kurang daripada penampilan final seperti Seluruh England akan dianggap sebagai kekecewaan.
Itu realiti yang sedang dihadapi skuad beregu lelaki kebangsaan berikutan prestasi menakjubkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta kebangkitan pasangan senior, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Secara kesuluruhannya, Malaysia akan diwakili empat gandingan, termasuk dua pasangan profesional, Tan Wee Kiong-Goh V Shem serta Arif Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub.
"Saya faham harapan badminton negara ketika ini terletak di bahu beregu lelaki.
"Saya tidak mahu pemain menjadi tertekan, sebaliknya menikmati permainan mereka.
"Saya harap ia menjadi motivasi, apatah lagi mereka akan bermain di tempat sendiri," ujar ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Paulus Firman.
Dalam masa sama, beliau menegaskan keterbukaan dalam saingan beregu lelaki bermakna akan ada banyak kejutan dalam Terbuka Malaysia.
Ini bermakna bukan sahaja Aaron-Wooi Yik berpeluang untuk muncul juara, malah membabitkan tiga beregu Malaysia yang lain.
"Saya fikir semua pemain di tahap sama, lebih-lebih lagi membabitkan beregu lelaki.
"Kita tidak boleh cakap bahawa jurang di antara kelompok enam beregu terbaik terlalu jauh dengan yang lain.
"Ini kerana apa jua boleh berlaku.
"Berbeza dengan acara lain yang bermula perlahan pada awal kempen, namun laluan bagi beregu lelaki berdepan saingan sukar seawal pusingan pertama lagi.
"Oleh itu, kemaraan mereka bergantung kepada prestasi masing-masing pada hari pertarungan," katanya lagi.
Penulis Jemputan
Tue Mar 26 2019
'I will play Roland Garros if I feel competitive' – Nadal uncertain on French Open participation
Nadal unsure on French Open
Rangnick confirms Bayern Munich contact
Bayern make Rangnick contact
Haaland out of Brighton clash, confirms Man City boss Guardiola
Haaland will not play v Brighton
Liverpool line up Feyenoord coach Slot as Klopp replacement
Liverpool are reportedly targeting Arne Slot, the Feyenoord head coach, as Jurgen Klopp's replacement.
Osaka storms to victory in Madrid opener to end long wait for win on clay
After losing on clay in the first round last week, Naomi Osaka fared much better on the surface as she began her Madrid Open campaign.
Poor Mitchell form causing 'pressure' as CSK lose again in IPL
Poor Mitchell form for CSK
Alcaraz: Stopping world's best Sinner not easy in Madrid
Alcaraz: Sinner the world's best
Allegri says Juventus are victims of own success after clinching Coppa Italia final berth
Allegri: Juve criticism unfair
Clippers feel good about Leonard return despite loss to Mavericks
Clippers feel good about Leonard
Gallagher insists Chelsea players are fighting for the shirt after Arsenal collapse
Gallagher: Blues not lacking fight