Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menempah slot ke suku akhir
Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau di Tap Seac Multisport Pavilion, hari ini, selepas lawannya dari Indonesia, Rusydina Antardayu Riodingin menarik diri.


Jin Wei tidak berdepan masalah untuk memastikan set pertama menjadi miliknya apabila menamatkan saingan 21-10. Memasuki set kedua ketika mendahului dengan 11-1, lawannya Rusydina menarik diri sekali gus menghadiahkan kemenangan percuma buatnya.

Turut menempah slot di suku akhir adalah pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang mudah menewaskan lawan mereka dari Chinese Taipei, Wang Chi-Lin dan Lee Chia-Hsin, 21-19 dan 21-15.

Menanti Peng Soon-Liu Ying di suku akhir ialah pasangan dari China, Zhang Nan-Li Yinhui.

Selepas berhempas pulas dalam pertarungan selama satu jam 12 minit, wakil perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng melayakkan diri ke pusingan seterusnya menewaskan perseorangan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, 21-17, 19-21 dan 21-18.

Dalam pada itu, beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut melepasi halangan pusingan kedua selepas menidakkan cabaran daripada pasangan Chinese Taipei, Chen Hsiao-Huan dan Huang Mei Ching, 21-14, 21-14 dalam pertarungan yang berlangsung 37 minit untuk mara ke suku akhir.

Keputusan lain:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Della Destiara Haris-Rosyita Eka Putri Sari, 12-21, 21-18 dan 21-19.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Ho Wai Lun-Yuen Sin Ying, 21-16 27-25.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Lu Kai-Zhang Nan, 23-15 dan 17-21.

Lim Khim Wah-Ong Jian Guo kk Lee Jhe-Huei-Lee Yang, 22-20, 16-21 dan 10-21.

Hoon Thien How-Teo Kok Siang kk Or Chin Chung-Tang Chun Man, 20-22 dan 16-21.

Tee Jing Yi kk Chen Xiaoxin, 17-21 dan 19-21.

Liew Daren kk Muhammad Bayu Pangisthu, 13-21, 21-17 dan 15-21.

Yeoh Kay Ee kk Zhao Jun Peng, 9-21 dan 15-21.

Tan Chun Seang kk Wang Tzu-Wei, 19-21 dan 10-21.