Perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia, terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Hong Kong yang akan bermula Selasa ini ekoran keracunan makanan yang teruk.
Kesakitan yang dialami oleh Zii Jia, 21, menyebabkan tubuhnya menjadi lemah dan tidak dapat berlatih.
Jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Hendrawan, berkata Zii Jia menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut dan meneruskan pemulihannya di Malaysia.
"Zii Jia berasa letih dan mengalami kesukaran untuk berlatih kerana keracunan makanan.
"Kami telah memutuskan untuk menariknya keluar daripada Terbuka Hong Kong dan dia akan mendapat pemeriksaan kesihatan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Khamis lalu, Zii Jia gagal menamatkan permainan ketika berdepan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, dalam pusingan kedua Terbuka China di Fuzhou.
Zii Jia hanya sempat menghabiskan perlawanan set pertama yang menyaksikan dia tewas 9-21 sebelum menarik diri dalam set kedua ketika ketinggalan 3-11.
— BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.