Keajaiban yang diharapkan tidak kunjung tiba buat beregu campuran negara, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei, apabila tersungkur dalam separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia kepada pilihan dari China.

He Jiting-Du Yue nyata berada di kelas tersendiri meskipun Tan Jie-Ee Wei menawarkan cabaran memberangsangkan.

Segalanya berubah selepas kedudukan 11-10 yang memihak kepada Ji Tung-Du Yue pada set pertama apabila Tan Jie-Ee Wei mudah menghadiahkan mata kepada lawan.

Set berikutnya semakin rancak selepas mereka tewas 21-14 dengan gandingan China itu efektif mengutip mata demi mata.

Akhirnya, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur apabila tewas straight sets dengan keputusan 21-11 dalam tempoh 27 minit.

"Hari ini, kami banyak membuat kesilapan mudah.

"Malah, pergerakan kami juga agak perlahan berbanding lawan kami, mungkin kerana kami agak tertekan," rumus Ee Wei mengenai kekalahan mereka.

"Kem negara tidak meletakkan sebarang beban kepada kami, cuma kami sendiri berasa agak gemuruh ketika menghadapi perlawanan ini.

"Kami juga gagal mengimbangi kepantasan lawan sehingga membuatkan kami tewas," kata Tang Jie pula.